Lelaki Berpakaian Sukan Ditemui Mati Dalam Kenderaan

Tempat lelaki terbabit ditemui mati mengejut.

LABUAN: Seorang lelaki yang dipercayai baru berjoging di Tanjung Kubong kelmarin ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan pacuan empat rodanya di kawasan parkir rekreasi bukit itu.

Ketua Polis Daerah WP Labuan Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan awam kira-kira jam 6.25 petang memaklumkan keadaan dalam kereta berkenaan dengan enjin yang masih hidup.

“Di tempat kejadian polis mendapati mangsa duduk di kerusi pemandu dengan masih berpakaian sukan,” katanya.

Farid menjelaskan pihak ambulan yang dihubungi sampai kira-kira jam 6.30 petang dan pemeriksaan menunjukkan mangsa yang berumur 33 tahun itu disahkan meninggal oleh pegawai perubatan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Labuan untuk proses bedah siasat.

Mangsa berbangsa Sino-Kadazan itu bekerja di syarikat swasta dan didapati mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.

Farid berkata, kes itu disiasat sebagai mati mengejut (SDR). – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *