SPRM Sabah Tahan Penolong Pegawai Pendidikan Terima Rasuah RM5,000

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan Penolong Pegawai Pendidikan di salahsebuah daerah di Sabah selepas didapati terlibat dalam kegiatan rasuah.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy berkata individu berumur 43 tahun itu menerima rasuah sebanyak RM5,000 daripada seorang kontraktor.

“Wang rasuah itu adalah bagi melantik kontraktor terbabit bagi menjalankan kerja penyelenggaraan dan baikpulih bangunan yang dianggarkan bernilai RM200,000,” katanya.

Menurutnya pihaknya membuat penangkapan sebaik suspek menerima wang rasuah itu pada jam 10 malam kelmarin.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 bagaimanapun suspek sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM semalam.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1106