Wanita Antara Ditahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Penguatkuasa Trafik IPD Penampang semasa menjalankan sekatan jalan raya Op Mabuk di Jalan Bundusan.

PENAMPANG: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Bundusan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kesemua suspek ditahan semasa sekatan Jalan Raya Op Mabuk yang dijalankan awal pagi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Penampang.

Penguatkuasa Trafik IPD Penampang semasa menjalankan sekatan jalan raya Op Mabuk di Jalan Bundusan.

“Operasi yang diketuai oleh Ketua BSPT IPD Penampang Inspektor Jupri Usman bersama 11 Penguatkuasa Trafik Penampang memeriksa keseluruhan 53 kenderaan pelbagai jenis serta 67 individu sepanjang operasi dilaksanakan.

“Hasil operasi berjaya menahan tiga pemandu termasuk seorang wanita yang membawa kenderaan dalam keadaan mabuk.

“Dalam operasi sama, kita juga mengeluarkan 11 keping saman membabitkan sebuah pelbagai kesalahan,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan selanjutnya.

Katanya operasi pemantauan serta penguatkuasaan secara berterusan akan dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya memandu dalam keadaan mabuk.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

378