Musa Gagal Cabar TYT, Mahkamah Tinggi Tolak Semakan Kehakiman

Foto Astro Awani

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan DUN Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan itu setelah pendengaran permohonan semakan itu dilakukan di mahkamah pada 7 dan 17 Ogos lalu.

Dalam permohonan semakan ini, Tun Juhar dan Mohd Shafie diwakili Brenndon, SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan manakala Musa dan 32 ADUN diwakili peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad.

Semakan kehakiman itu difailkan oleh Tan Sri Musa Aman bersama 32 ADUN lain pada 4 Ogos bagi mencabar keputusan TYT dalam pembubaran DUN Sabah.

Semakan kehakiman itu menamakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai responden pertama, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan negeri selaku responden keempat.

Pembubaran DUN sabah dilakukan pada 30 Julai setelah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mendapatkan nasihat TYT untuk membubarkan DUN Sabah.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2399