APMM Tahan 25 Anak Kapal Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Sabah

25 anak kapal Vietnam yang ditahan di atas kapal yang didapati menceroboh perairan Sabah.

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri memintas kapal nelayan dari Vietnam yang menceroboh perairan Sabah dan menahan 25 anak kapalnya di 29 batu nautika barat laut Pulau Mantanani jam 4.45 petang.

Pengarah APMM Sabah dan Labuan Laksamana Pertama (Maritim) Mohd Rosli Abdullah berkata bot peronda maritim menahan kapal itu bersama 25 anak kapal warga Vietnam tanpa dokumen berumur 18 hingga 50 semasa “Operasi Naga Timur” dan “Operation Sejahtera”.

Katanya, bot nelayan asing itu tidak mempunyai dokumen mahu pun kebenaran daripada Pengarah Perikanan Malaysia untuk menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia. – Harian Ekspres

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *