Giliran 249 Orang Penduduk Sipitang Terima Geran Tanah

SIPITANG: Prihatin dengan rintihan penduduk daerah ini untuk miliki geran tanah sejak sekian lama, akhirnya di bawah kerajaan Warisan, sebanyak 249 geran melibatkan kawasan seluas 772.94 ekar diserahkan kepada penduduk di 78 buah kampung.

Daripada jumlah itu, sebanyak 23 geran membabitkan kawasan tanah seluas 51 ekar di serahkan menerusi program Khas Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) bagi Kampung (Kg) Long Pasia dan Kg Long Mio.

Sementara di bawah geran tanah hasil kelulusan permohonan tanah biasa pula sebanyak 226 geran membabitkan tanah seluas 721.94 ekar.

Ia melibatkan 76 kmpung termasuk Kg Melalia, Kg Mesapol, Kg Pelakat, Kg Merintaman, Kg Melaman, Kg Solob, Kg Iburu, Kg Meligan, Kg Sindumin, Kg Kelangsat serta 66 kampung lain.

Menurut Pengarah Jabatan Tanah & Ukur Sabah, Bernard Liew, sebanyak 44 lot NT juga telah selesai diukur dan sedang dalam proses penyediaan pelan ukur. Geran ini dijangka akan dapat diserahkan menjelang pertengahan 2021.

Tambahnya, sebanyak 542 lot lagi telah diluluskan dan sedang dalam proses pengukuran di lapangan.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1052