TERKINI: Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Semporna

Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 melanda Persisiran Pantai Lahad Datu pada jam 10.01 pagi ini.

Menurut kenyataan menerusi laman facebook rasmi Jabatan Meteorologi berkata, gempa bumi itu berpusat 148km Timur Laut dari Tarakan,Indonesia dan 14km Barat dari Semporna,Sabah dan lokasi 4.4° Utara dan 118.4° Timur dan kedalaman 10 kilometer (km).

Gegaran mungkin dirasai di Semporna, Sabah.Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.MET Malaysia.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3935