Tahanan Lokap Balai Polis Tawau Antara Positif Covid-19

KOTA KINABALU: Warga asing yang ditahan di lokap Balai Polis Tawau antara individu yang dikesan positif Covid-19, di sini semalam.

Kes yang dikategorikan jangkitan tempatan itu dikesan melalui saringan Orang Kena Tahan di balai berkenaan dan kes ini telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam satu kenyataan berkata, tiga lagi kes baharu yang dikesan di Sandakan merupakan kes Import A. Kes-kes ini dikesan melalui saringan pengembara dari luar negara.

Ketiga-tiga kes ini membabitkan seorang lelaki warga asing dari Filipina dan dua wanita warga tempatan. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dan Sandakan telah mengenal pasti kesemua kontak pesakit yang perlu menjalani saringan Covid-19.

Sehingga 11 Ogos, sebanyak 157,984 ujian Covid-19 telah dijalankan di Sabah.

Tambahnya, setakat semalam, sebanyak 415 kes dilaporkan di Sabah dan bilangan kes aktif yang masih dirawat di hospital berpakar seluruh sebanyak 17 kes.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1368