Komander Esscom Dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah Yang Baharu

Datuk Hazani Ghazali akan ambil alih tugas Pesuruhjaya Polis Sabah pada September depan.-

KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.

Beliau mengambil alih jawatan berkenaan daripada Datuk Zaini Jass yang dilantik ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Datuk Zaini yang dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah sejak Februari lalu itu akan meneruskan pemangkuan pangkat Pesuruhjaya Polis.

Sementara itu, Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am Datuk Ahmad Fuad Othman pula dilantik menggantikan Datuk Hazani sebagai Komander Esscom yang baharu.

Difahamkan, semua pertukaran berkenaan akan berkuatkuasa pada 14 September 2020.

1124