Wanita Cedera Rumah Terbakar

Sebuah kerera pacuan empat roda turut musnah dalam kebakaran tersebut.

TELUPID: Seorang wanita cedera ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran sebuah rumah di Kampung Maliau, di sini, awal pagi semalam.

Rosaini Rahidi, 20, dikatakan melompat keluar daripada rumah ketika api merebak dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.43 pagi dan menghantar lapan anggota bersama sebuah jentera.

Katanya, rumah jenis tidak kekal itu terbakar 95 peratus dan operasi memadam kebakaran dibuat menggunakan sumber air dari jentera bomba.

“Mangsa cedera ketika melompat keluar dari rumah dan dihantar ke hospital oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

KES

WANITA CEDERA SELAMATKAN DIRI DARI KEBAKARAN

August 7, 2020 – by Wartawan Berita Sabah

TELUPID: Seorang wanita cedera ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran sebuah rumah di Kampung Maliau, di sini, awal pagi semalam.

Rosaini Rahidi, 20, dikatakan melompat keluar daripada rumah ketika api merebak dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.43 pagi dan menghantar lapan anggota bersama sebuah jentera.

Katanya, rumah jenis tidak kekal itu terbakar 95 peratus dan operasi memadam kebakaran dibuat menggunakan sumber air dari jentera bomba.

“Mangsa cedera ketika melompat keluar dari rumah dan dihantar ke hospital oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Api berjaya dikawal daripada merebak pada jam 6.30 pagi,” katanya di sini, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1428