Empat Kes Baharu Di Sabah Babitkan Seorang Kanak-Kanak Lelaki

Christina Rundi

KOTA KINABALU: Salah satu daripada empat kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam di Sandakan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan.

Manakala tiga lagi membabitkan wanita dan lelaki warga tempatan serta seorang wanita warga asing sekali gus menjadikan jumlah terkini kes di Sabah adalah sebanyak 406 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, semua empat individu itu dikategori sebagai kes import dan dikesan posotif Covid-19 selepas melalui saringan pengembara luar negara.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata lagi, semua individu itu dimasukkan ke wad Hospital Duchess of Kent, Sandakan, untuk rawatan lanjut manakala semua kontak rapat juga sudah dikenal pasti dan perlu menjalani saringan Covid-19.

Sementara itu, mengulas lanjut berhubung kes membabitkan murid prasekolah di Penampang kelmarin, Christina berkata, kontak serumah dan sekolah sedang menjalani kuarantin selama 14 hari.

Sehubungan itu, Christina meminta orang ramai tidak panik sekiranya berlaku penutupan sekolah atau tempat kerja kerana apabila ada individu disahkan positif Covid-19, semua kontak harus dikenal pasti.

Kontak diminta menjalani ujian Covid-19 di pusat saringan berhampiran serta di kuarantin di rumah menyebabkan sekolah atau tempat kerja terpaksa ditutup kerana tiada pekerja.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *