Tiga Ladang Sawit Di Lahad Datu Diarah Tutup

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Tiga ladang sawit dan sebuah kedai runcit di Lahad Datu diarah tutup susulan kegagalan pengusaha mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, penutupan empat premis di Lahad Datu itu dibuat atas kegagalan pengusaha mematuhi arahan penjarakan fizikal, tiada pengambilan suhu dan dokumentasi kehadiran pekerja atau pengunjung.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan premis dilakukan menerusi operasi bersepadu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijalankan Unit Inspektorat Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bersama agensi lain.

Katanya, secara keseluruhan 83 premis diperiksa di seluruh Sabah.

“Semua premis yang melanggar SOP diambil tindakan mengikut Seksyen 18(1)(f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” ujarnya.

Manakala, sebanyak 666 notis kompaun telah dikeluarkan dalam operasi bersepadu tersebut.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *