Sesi Persekolahan 2021 Bermula 20 Januari

KUALA LUMPUR: Pembukaan penggal pertama persekolahan 2021 bagi sekolah di seluruh negara ditetapkan pada Rabu, 20 Januari 2021.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata pihak kementerian menetapkan pembukaan persekolahan lebih lewat berdasarkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.

“Ia bermakna cuti persekolahan bagi 2020 akan diteruskan sehingga 20 Januari 2021.

“Apabila saya mengumumkan cuti dipendekkan untuk 2020, kita merancang sesi persekolahan 2021 perlu dilewatkan,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi pihak Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3008