KOTA KINABALU, 30 Julai: Kerajaan Negeri Sabah hari ini menyiarkan Warta Kerajaan berhubung perisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Dalam kenyataan di sini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata warta itu memaklumkan bahawa Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin telah menjalankan kuasa di bawah Fasal (2) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah untuk mengisytiharkan DUN Sabah ke-15 dibubarkan hari ini.
Warta itu turut menyebut nama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai menurut perintah Yang Dipertua Negeri.- BERNAMA
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost