Remaja Ditemui Mati Tergantung Di Kuarters Guru Selepas Ditegur Main Game

Gambar Hiasan

KOTA MARUDU: Seorang remaja lelaki 17 tahun ditemukan mati tergantung di garaj sebuah kuarters guru di Kota Marudu semalam dipercayai selepas ditegur bapa saudaranya kerana sering bermain permainan di telefon pintar.

Mayat ditemukan orang awam kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian remaja yang tidak bersekolah itu tinggal bersama saudaranya di daerah Matunggong, Kudat.

Namun katanya, dia dihantar ke kuarters guru berkenaan pada 24 Julai lalu selepas dimarahi ahli keluarganya kerana sikapnya yang sering bermain permainan di telefon pintar.

“Sejak itu, dia tinggal bersama bapa saudaranya yang berkerja di sekolah berkenaan.

“Namun dia tidak menunjukkan perubahan dan tetap gemar serta leka bermain permainan di telefon sehingga ditegur oleh bapa saudaranya itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Izaan berkata, mayat dirujuk ke Hospital Kota Marudu untuk menjalani proses saringan Covid – 19 sebelum bedah siasat dijalankan.

Katanya, siasatan masih di teruskan untuk mengenal pasti punca sebenar tindakan remaja itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *