Kes SRC: Najib Bersalah!

Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mendapati Datuk Seri Najib Razak bersalah terhadap semua tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan penghakiman itu, sebentar tadi.

“Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan semua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC dihadapi tertuduh.

“Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3226