Padah Panggil Orang Urut Isteri

Tukang tukang urut berusia 40 tahun kini berdepan hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan memperkosa wanita berusia 18 tahun itu. Foto Agensi

SURABAYA: Padah memanggil tukang urut lelaki untuk mengurut isterinya, seorang suami menyesali tindakan itu apabila wanita kesayangannya dicabul suspek di kediaman mereka.

Suspek berusia 40 tahun itu kini berdepan hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan memperkosa wanita berusia 18 tahun itu.

Kejadian pada Selasa lalu jam 7 malam di sebuah bilik di rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Sukolilo Subiyantana berkata, kejadian berlaku apabila suspek dipanggil si suami bagi mengurut isteri yang kurang sihat.

“Tukang urut itu diundang ke rumah mangsa.

“Sehari sebelum kejadian mangsa mengadu kesakitan pada perutnya, lalu si suami memanggil tukang urut,” katanya.

Suspek yang juga bapa dua anak itu sudah menjadi tukang urut sejak sembilan tahun di kampung berkenaan.

Suami mangsa pada mulanya tidak mencurigai suspek berikutan lelaki itu sudah lama melakukan pekerjaan terbabit.

Ketika kejadian, suspek menyuruh si suami menunggu di ruang tamu rumah ketika dia mengurut wanita itu.

Bagaimanapun, selepas setengah jam, suami curiga apabila mendengar jeritan isterinya.

Dia bergegas ke bilik dan terkejut apabila mendapati suspek cuba memperkosa isterinya.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1789