
PUTRAJAYA: Mulai 1 Ogos 2020, rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di beberapa tempat yang disarankan oleh kerajaan untuk mengurangkan jangkitan wabak Covid-19 ini.
Hal ini telah dijelaskan oleh Menteri Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa kerajaan mewajibkan untuk pemakaian pelitup muka di tempat awam seperti semasa menaiki kenderaan awam dan berada di tempat sesak iaitu di pasar dan pusat membeli belah.
Susulan dengan itu, perkara ini perlu dititikberatkan untuk semua orang dan sangat penting untuk memutuskan rantaian jangktian Covid-19 ini. Seperti yang kita tahu, angka kes positif semakin meningkat dari satu angka kepada dua angka sejak kebelakangan ini.
Jadi, secara tegas Datuk Ismail Sabri menasihatkan kepada orang ramai agar memakai pelitup muka dan menjaga jarak sebagai langkah terbaik untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.
PKPP: Pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat awam bersesak adalah diwajibkan mulai 1 Ogos – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri pic.twitter.com/54zUpFcnkx
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) July 23, 2020