
KOTA KINABALU: Perkhidmatan pengangkutan feri dan bot penumpang di Sabah kini dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh seperti yang dinyatakan dalam lesen atau sijil pendaftaran berkuatkuasa serta-merta.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan yang telah dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan pada 11 Jun lalu.

Dengan itu, semua feri dan bot penumpang dalam negeri dan ke Wilayah Persekutuan Labuan boleh beroperasi seperti sedia kala mengikut syarat lesen.
“Bagaimanapun, semua pengusaha feri dan bot penumpang yang terlibat dikehendaki untuk meneruskan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam usaha memerangi penularan penyakit Covid-19,” katanya.- BorneoToday
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost