Dua Lagi Kes positif COVID-19 di Kota Kinabalu & Ranau

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan dua lagi kes positif COVID-19 masing-masing di daerah ini dan Ranau.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, kes berkenaan menjadikan keseluruhan positif wabak berkenaan di Sabah sebanyak 375 kes.

“Kedua-dua kes berkenaan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan yang telah dikesan positif ketika saringan sebelum prosedur rawatan.

“Dua kes ini melibatkan seorang wanita warga tempatan yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

“Seorang lagi melibatkan seorang lelaki juga warganegara yang telah menerima rawatan awal di Ranau. Kedua-dua mereka dimasukkan ke wad Hospital Queen  Elizabeth,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, siasatan ke atas kes berkenaan masih diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu dan Pejabat Kesihatan Daerah Ranau.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa wabak Kolera yang melanda Sabah kekal pada 21 kes setakat 3 Julai 2020.

“Orang ramai terus dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan penyakit kolera.
“Untuk penyakit deman denggi, sehingga 2 Julai lalu, sejumlah 2, 615 kes telah dilaporkan di seluruh negeri,” katanya.

Menurutnya, Kota Kinabalu adalah daerah yang  mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 661 kes, Sandakan (433 kes), Semporna (394 kes), Tawau (318 kes) dan Lahad Datu (274 kes).

Katanya, sehingga 3 Julai lalu, tujuh daerah telah melaporkan sejumlah 20 wabak aktif penyakit demam denggi di seluruh negeri.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *