
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan seramai 1,400 individu yang gagal untuk menjalani ujian saringan kali kedua Covid-19. Menurut kenyataan Ismail Sabri semalam pihak polis akan memburu kesemua individu terbabit.
Susulan itu, KKM meminta kesemua individu terlibat untuk hadir bagi menjalani ujian saringan kali kedua pada esok dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Diminta agar kesemua 1400 orang tersebut segera melakukan ujian kali kedua bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Polis akan memburu lebih 1,400 rakyat Malaysia yang kuarantin 14 hari di rumah selepas pulang dari luar negara tetapi masih belum menjalani ujian saringan #COVID19 kali kedua hingga kini.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 1, 2020
–@IsmailSabri60