Rekod Baik, Shafie Layak Jawatan Perdana Menteri

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempunyai rekod kerja yang terbukti bagus untuk membawa kedua-dua negeri dan negara ini maju, jika beliau menjadi Perdana Menteri.

Pengalaman luasnya memegang pelbagai jawatan di peringkat Persekutuan meletakkan beliau dalam kedudukan baik menjadi pemimpin yang diperlukan oleh negara.

Sebuah lagi pertubuhan, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) menyuarakan untuk bersetuju pencalonan Mohd. Shafie sebagai calon perdana menteri untuk pembangkang Pakatan Harapan (PH) Plus.

Shareda adalah pertubuhan terbaru yang menyuarakan sokongannya terhadap pencalonan Ahli Parlimen dari Semporna itu untuk mengambil alih tugas tertinggi negara.

  “Memiliki seorang Perdana Menteri dari Malaysia Timur akan memacu perkembangan politik di negara ini,” kata Presidennya, Datuk Chew Sang Hai.

Beliau yakin, Mohd. Shafie sebagai Perdana Menteri akan membawa perubahan reformatif daripada segi pembangunan di Sabah dan Sarawak.

“Lebih penting ialah, untuk mengembalikan hak-hak sewajarnya kepada kedua-dua negeri seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Keyakinan Chew terhadap kepimpinan Mohd. Shafie itu juga disebabkan daripada pelbagai langkah yang diambil oleh Ketua Menteri itu untuk menggalakkan pembangunan harta tanah di negeri ini.

Ini katanya, termasuk pelaksanaan sistem kelulusan cepat di mana pelan pembangunan (DP) dapat diluluskan dalam masa 24 jam.

Mohd. Shafie juga menghapuskan Lembaga Pusat untuk melancarkan kempen Sabah Rumah Keduaku dan menyediakan dua Kempen Pemilikan Rumah (HOC) melalui Majlis Kewangan Negara, tambahnya.

Menurut Chew, pembangunan sektor harttanah di Sabah sebelum ini terjejas kerana lewat meluluskan DP dan sistem Lembaga Pusat.

Beliau memuji Mohd. Shafie yang sentiasa menunjukkan usaha gigih untuk menarik pelaburan asing ke Sabah dengan melakukan lawatan kerja ke China, Jepun dan negara-negara lain.

“Shafie kaya dengan pengalaman setelah memegang beberapa jawatan menteri di peringkat persekutuan. Kami yakin sepenuhnya dengan kemampuan beliau sebagai Perdana Menteri untuk memimpin negara kita ke arah kemajuan dan kestabilan.

“Ini akan menjadi tonggak penting dalam lanskap politik negara kita jika Shafie menjadi Perdana Menteri,” katanya dan menjelaskan ini akan membuka jalan bagi lebih ramai pemimpin dari Malaysia Timur untuk menerajui jawatan tertinggi di peringkat nasional pada masa akan datang.

Pada 27 Jun, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan cadangan untuk mencalonkan Shafie sebagai calon perdana menteri untuk PH Plus. Ia dianggap sebagai jalan keluar untuk memecahkan kebuntuan politik di antara Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang lain seperti  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua mereka cuba merebut jawatan tertinggi Malaysia itu yang kini disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapan pertamanya mengenai pencalonan itu, Mohd. Shafie kelmarin berkata, beliau berbesar hati kerana namanya dicadangkan tetapi menegaskan yang beliau memerlukan sedikit masa untuk memikirkannya. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *