Kes Covid-19 Cecah 10 Juta Di Seluruh Dunia

Kuala Lumpur: Pandemik Covid-19 global kini mencecah 10 juta dan mengorbankan nyawa lebih 500,000 penduduk sejak wabak itu tercetus hujung tahun lalu.

Jumlah itu meningkat dua kali ganda berbanding wabak yang pernah berlaku secara global berdasarkan angka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Setakat hari ini sebanyak 10,097,323 penduduk dunia dijangkiti wabak itu manakala 501,585 orang sudah terkorban dan 5.4 juta sembuh.

Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini mencecah dua juta manakala Brazil pula 1.3 juta.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *