Banjir Sabah: Seramai 1,209 Mangsa Banjir Dipindahkan Ke PPS Setakat Petang Tadi

KOTA KINABALU, 29 Jun: Seramai 1,209 daripada 377 keluarga ditempatkan di 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah di Sabah setakat pukul 4.00 petang ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, 323 mangsa daripada 102 keluarga ditempatkan di empat PPS di Kota Belud dan 751 mangsa daripada 236 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Tenom.

“Selain itu, 59 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS di Papar, 19 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di satu PPS di Penampang dan 57 mangsa daripada 12 keluarga di tempatkan di satu PPS di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan sebanyak 11 daerah yang melibatkan 152 kampung di Sabah terjejas akibat hujan lebat Sabtu lepas. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *