Laluan Terhalang Akibat Banjir Lumpur Di Jalan Ranau Bypass

Hujan lebat sejak 3 petang tadi disusuli tanah runtuh menyebabkan banjir lumpur di Jalan Ranau Bypass di Kampung Lingkubang, Kota Belud. – Foto Ihsan Pembaca

KOTA BELUD: Hujan lebat sejak 3 petang tadi disusuli tanah runtuh menyebabkan banjir lumpur di Jalan Ranau Bypass di Kampung Lingkubang di sini.

Difahamkan, tanah runtuh jam 5 petang itu menyebabkan laluan sepanjang 30 meter dilitupi lumpur. Ini menyebabkan laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada lalu lintas.

Hujan lebat sejak 3 petang tadi disusuli tanah runtuh menyebabkan banjir lumpur di Jalan Ranau Bypass di Kampung Lingkubang, Kota Belud. – Foto Ihsan Pembaca

Keadaan itu turut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas lebih lima kilometer di kedua-dua arah.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lingkubang, Ailing Yatin, berkata tanah runtuh turut berlaku di Jalan Malangkap-Kampung Lingkubang yang juga menyebabkan laluan ditutup sepenuhnya.

Hujan lebat sejak 3 petang tadi disusuli tanah runtuh menyebabkan banjir lumpur di Jalan Ranau Bypass di Kampung Lingkubang, Kota Belud. - Foto Ihsan Pembaca
Hujan lebat sejak 3 petang tadi disusuli tanah runtuh menyebabkan banjir lumpur di Jalan Ranau Bypass di Kampung Lingkubang, Kota Belud. – Foto Ihsan Pembaca

Lebih 30 kenderaan di kedua-dua arah terpaksa berpatah balik ke Kota Kinabalu selain ada yang terpaksa meninggalkan kenderaan di tepi jalan sebelum berjalan ke Kampung Lingkubang dan Kampung Bundu Paka.

“Hingga kini, hujan berterusan dan banyak pokok tumbang menyebabkan penduduk tidak berani keluar rumah.”

“Sebahagian penduduk yang ingin pulang kampung juga terpaksa berpatah balik ke Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, air Sungai Kadamaian juga melimpah dan penduduk bersedia berpindah sekiranya ia tidak terkawal.

Terdahulu, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Belud Sim Pau Kiong berkata, syarikat konsesi diarahkan ke lokasi untuk memantau keadaan.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3276