AADK Tahan 88 Individu Positif Dadah

Penguat Kuasa AADK menyoal siasat individu disyaki terbabit penyalahgunaan dadah.- Foto Ihsan AADK

KOTA KINABALU: Seramai 88 individu positif dadah ditahan dalam operasi ‘Ops Enforcement’ yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula 22 hingga 24 Jun lalu.

Operasi berkenaan dijalankan di empat daerah antaranya Kota Kinabalu, Tawau, Wilayah Persekutuan Labuan dan Keningau.

Penguat Kuasa AADK menahan individu disyaki terbabit penyalahgunaan dadah.- Foto Ihsan AADK

Pengarah AADK Negeri Sabah, Abdul Hamediee Ibrahim berkata, operasi selama tiga hari itu dijalankan di kawasan yang sudah dikenal pasti sebagai lokasi aktif penagihan dadah.

Hamediee

Menurutnya, mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 51 tahun dan akan direman untuk membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) Rawatan dan Pemulihan (R&P) 1983 kerana disyaki penagih dadah,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi pejabat AADK Negeri Sabah di talian 088-243576 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran untuk tindakan segera.- HMetro

Penguat Kuasa AADK menahan individu disyaki terbabit penyalahgunaan dadah.- Foto Ihsan AADK

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *