
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa Deaerah di Sabah yang dijangka akan berlaku bermula 6 petang sehingga 8 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2.30 petang tadi melibatkan beberapa buah kawasan antara daerah yang dijangka dibadai ribut petir sehingga jam 8 malam ini adalah Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).
Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya bagi yang merancang aktiviti pada malam ini.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost