Polis Tahan Dua Lelaki Miliki Syabu

SANDAKAN: Bertindak atas maklumat, sepasukan Pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, dibantu oleh Petugas SJR di lokasi tersebut telah menahan sebuah kenderaan jenis Proton Persona, yang dinaiki dua lelaki berumur 21 dan 55 tahun.

Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, mendapati satu plastik disyaki berisi dadah jenis methaphetamine, disembunyikan diruang pengisian bahan api.

Hasil siasatan terhadap kedua dua suspek juga, telah membawa pihak Polis ke satu lokasi iaitu sebuah rumah di Sedco Light Industry dan membawa kepada penemuan 10.9 gram lagi, disyaki dadah jenis methaphetamine disembunyikan di dalam rumah itu.

Jumlah keseluruhan dadah jenis methaphetamine yang dirampas dari kedua dua suspek adalah seberat 86.04 gram dianggarkan bernilai Rm 7,000.00.

Kedua dua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat dibawah Sek 39B dan 39A(1) ADB 1952. – IPD SANDAKAN

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *