Peter Anthony Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

KOTA KINABALU: Datuk Peter Anthony akan dituduh di Mahkamah Sesyen esok berhubung dakwaan salah laku urus niaga tanah Risda di Tongod beberapa tahun lalu.

Menteri Pembangunan Infrastruktur itu mengesahkan telah menerima waran daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir di mahkamah pada pukul 8 pagi esok.

Menurutnya, pertuduhan dijangka di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla).

Katanya, beliau akur dengan arahan tersebut namun akan terus berjuang demi menegakkan kebenaran memandangkan pertuduhan berkenaan bermotifkan politik.

“Saya sudah dapat waran untuk hadir esok berkaitan kes Risda.

“Saya tiada masalah saya akan hadir esok, kalau mereka mahu menahan saya pun tidak apa saya bersedia, ini kes lama yang sudah selesai.

“Mereka mahu buat apa sahaja saya akan berjuang, kita Sabahan tidak mahu lagi diperbodohkan,” katanya.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

6288