800 Penduduk Terjejas Banjir Di Membakut

Gambar Facebook Sabah Fm.

MEMBAKUT: Hujan lebat yang berterusan semalam mengakibatkan enam buah kampung di daerah kecil ini terjejas banjir.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Membakut, Abdul Kadir Jalani ketika dihubungi memaklumkan, kira-kira 800 orang penduduk terjejas susulan kejadian banjir yang berlaku.

Beliau berkata, kampung yang berhampiran dengan sungai Kg Ulu Bambangan, Kg Sinoko, Kg Brunei dan tiga kampung lain mula dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan belum ada pusat pemindahan sementara yang dibuka setakat ini.

Namun, pihaknya bersama seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sentiasa memantau keadaan banjir yang berlaku dan bersiap-siaga sekiranya hujan turun.

Katanya, biarpun belum ada pusat pemindahan dibuka namun, ada juga penduduk yang terputus hubungan akibat kawasan rumah mereka dinaiki air.

“Ada penduduk yang menghubungi saya meminta bantuan kerana mereka tidak dapat keluar rumah untuk membeli barangan keperluan di pekan.

“Atas sebab itu, bermula petang ini bantuan barangan keperluan kepada penduduk yang terputus hubungan akan disampaikan sementara menunggu banjir surut,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Abdul Kadir menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan sungai agar kekal berada di rumah kerana air sungai masih deras dan itu akan membahayakan keselamatan mereka.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *