PKPP: Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti yang dilarang ketika PKPB akan dibenarkan.

“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan PKPD.

Jadi bagi mereka yang ingin meziarahi ibu bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian,” katanya.

2078