
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berkuatkuasa pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Menurutnya, lebih banyak kelonggaran yang akan diberikan dalam tempoh PKPP ini untuk orang ramai menjalani kehidupan seharian di samping menjalani SOP secara berterusan.
PKPB diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (#PKPP) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos – PM @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/2pLFa0baOE
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 7, 2020
Sumber: Bernama