Pengawal Keselamatan Cabul, Rogol Anak Tiri Ditahan

Gambar Hiasan

LABUAN: Seorang Pengawal keselamatan ditahan selepas dipercayai mencabul dan merogol anak tiri berusia 16 tahun, semalam.

Suspek berusia 42 tahun itu ditahan polis di Kampung Sungai Miri, Labuan, jam 1.10 tengah hari semalam.

Difahamkan, mangsa nekad membuat laporan polis jam 10.26 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 6.30 pagi ketika mangsa sedang tidur bersendirian di biliknya.

Katanya, suspek secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik mangsa dan mencabulnya.

“Mangsa cuba menghalang perbuatan suspek tetapi bapa tirinya tidak mengendahkan.

“Suspek hanya berhenti dan beredar dari bilik mangsa untuk ke tempat kerja,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhamad Farid berkata, ketika kejadian ibu mangsa tiada di rumah kerana bekerja manakala adik-beradik lain tidur di bilik masing-masing.

Katanya, siasatan mendapati mangsa juga mendakwa pernah dirogol oleh suspek sejak 2019 beberapa kali di rumah ketika ibu mangsa tiada di rumah

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Labuan esok untuk permohonan reman tujuh hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cabul dan Seksyen 376(3) akta sama bagi kesalahan rogol,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *