Pasar Terbuka, Pasar Pagi, Pasar Malam & Bazaria Dibenar Beroperasi Mulai 15 Jun – Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Pasar terbuka, pagi, malam dan Bazaria di seluruh negara akan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, waktu operasi yang dibenarkan bagi pasar pagi dan terbuka adalah dari 6 hingga 11 pagi; manakala pasar malam dari 4 petang hingga 10 malam.

Sementara, Bazaria dibenarkan beroperasi dari 5 petang hingga 11 malam.

“Antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipersetujui adalah penjarakan sosial yang mana jarak antara gerai ke gerai adalah antara 1.5 hingga 2 meter.

“Laluan masuk dan keluar hanya satu jalan, maknanya hanya laluan sehala. Suhu akan diambil dan perlu menggunakan pensanitasi tangan selain digalakkan memakai pelitup muka.

“Bagaimanapun, peniaga tidak boleh sediakan meja dan pelanggan hanya boleh membawa pulang makanan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1061