Lelaki Hilang Selepas Bot Ditemui Terapung Di Perairan Ice Box

Nurul Maslan Sabran

POLIS SAHKAN TERIMA LAPORAN LELAKI HILANG SELEPAS BOT DITEMUI, KELUARGA DAN PPM TAWAU LAKUKAN RONDAAN DI PERAIRAN SUNGAI MELAYU

TAWAU; 06 JUN 2020 (Sabtu): Seorang lelaki berumur 34 tahun dilaporkan hilang semasa menaiki sebuah bot dari Tawau untuk ke kebunnya di Sungai Melayu, Pulau Sebatik kira-kira pukul 5 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas yang dihubungi pemberita RTM mengesahkan menerima laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Beliau berkata, laporan polis dibuat ahli keluarga mangsa kira-kira pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, adik mangsa, Ismail Sabran yang dihubungi memaklumkan, abang kandungnya, Nurul Maslan Sabran meninggalkan rumah dengan mengemudi sebuah bot kira-kira pukul 5 petang.

Bagaimanapun, keluarganya di Sungai Melayu memaklumkan kepada keluarga di Tawau bahawa Nurul Maslan belum sampai di Sungai Melayu.

Katanya, kira-kira pukul 11 pagi tadi, pihaknya telah pergi ke Pangkalan Polis Marin (PPM) Tawau untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan.

Jelasnya, sebaik tiba di Pangkalan PPM Tawau, mereka dimaklumkan PPM, sebuah bot ditemui terapung di Perairan Ice Box tanpa pengemudi sebelum mendapati bot terbabit milik abangnya.

Menurut Ismail, kira-kira pukul 3 petang sehingga kini beliau dan keluarga dengan kerjasama PPM Tawau menggunakan 4 bot melakukan rondaan dan pemeriksaan di sekitar Perairan Sungai Melayu.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

5162