Hotel Tertua Di Sandakan Bakal Tutup

SANDAKAN: Hotel tertua di sini, Nak Hotel, mengumumkan penutupan operasi hotel itu bermula 15 Jun depan.

Ia adalah hotel kedua ditutup selepas Hotel Four Points by Sheraton dengan pengumuman dibuat menerusi akaun Facebook rasmi, Ba Lin Rooftop Bar & Restaurant.

Four Points by Sheraton ditutup pada 31 Mei lalu selepas lebih tujuh tahun beroperasi.

Menerusi hantaran di Facebook memberitahu, ia adalah pertama kali hotel itu ditutup selepas lebih 54 tahun beroperasi.

“Kesan daripada pandemik Covid-19 dan nasihat mengenai perhimpunan ramai menyukarkan kami terus beroperasi,” menurut hantaran itu.

Nak Hotel dibuka pada 1966 dan dinamakan sempena nama Ahli Parlimen, Ngui Ah Kui.

Hotel itu terkenal kerana memiliki restoran yang terletak di bumbung, sekali gus membolehkan pengunjungnya menikmati pemandangan indah bandar Sandakan.- BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *