Covid-19: Tiga Kes Baharu Di Sabah Dikesan Di Pintu Masuk Labuan

KOTA KINABALU: Tiga kes positif baharu yang dilaporkan di Sabah semalam dikesan di pintu masuk Labuan.

Ketiga-tiga kes itu dikesan ketika pesakit dalam perjalanan untuk kembali bekerja di Labuan.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, punca jangkitan dan kontak ketiga-tiga kes telah dikenal pasti dan semua pedakit sedang dirawat di Hospital Labuan.

Dengan pertambahan tiga kes baharu yang dilaporkan dari Beaufort, Kota Kinabalu dan Penampang itu, kes Covid-19 di Sabah kini 351 kes.

Kes itu dikesan daripada 856 ujian yang dijalankan pada 4 Jun dan bilangan kumulatif ujian sampel Covid-19 yang dijalankan di Sabah sehingga kini adalah sebanyak 95,145.

“Daripada 856 ujian, lima sampel positif dikesan iaitu tiga kes baharu dan dua sampel ulangan.

“Bilangan yang sedang dirawat di Sabah adalah sebanyak 10 kes dan 336 telah pulih. Kes kematian kekal lima,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Setakat semalam, 1,067 orang masih berada di 42 pusat kuarantin di seluruh Sabah dan seramai 6,332 orang menjalani Home quarantine. Tiada pelanggaran perintah kuarantin dilaporkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2300