Satu Maut, Lima Cedera Kemalangan 3 Kenderaan Di Jalan Papar

Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

PAPAR: Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Papar Lama, di Papar, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa yang maut, Christina Ginsu, 44, dilapor menaiki kereta Perodua Axia terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan lori tiga tan.

Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 2.33 petang sebelum mengerahkan jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang mangsa didapati tersepit di tempat duduk hadapan dan operasi mengeluarkannya segera dijalankan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Papar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Katanya, lima lagi mangsa berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun diberi rawatan selepas cedera dalam kemalangan itu.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.42 petang tadi,” katanya.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *