Kes Positif Covid-19 Baharu Di Tawau Kategori Jangkitan Tempatan

KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Tawau semalam dikategorikan sebagai kes tempatan kerana dikesan melalui program saringan khas.

Manakala, kes baharu yang dilaporkan di Kota Kinabalu pula merupakan kes import B yang dikesan melalui sampel yang diambil di Pintu Masuk Antarabangsa Kota Kinabalu.

Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kedua-dua kes ini melibatkan lelaki warga tempatan.

Untuk kes import ini, lelaki berkenaan menaiki pesawat komersil dari Miri ke Kota Kinabalu.

“Kedua-dua kes baru ini telah dimasukkan ke hospital berpakar di daerah masing-masing. Pengesanan

kontak kedua-dua kes sedang giat dilakukan oleh Pejabat Kesihatan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Dua kes itu adalah kes baharu yang dilaporkan di Sabah dan ia menjadikan kes Covid-19 di negeri ini bertambah kepada 346 kes.

Christina berkata, pada 28 Mei, sejumlah 2,649 ujian telah dijalankan, menjadikan jumlah kumulatif ujian bagi negeri Sabah berjumlah 86,367.

“Daripada jumlah ini, tiga sampel adalah positif di mana dua merupakan sampel kes baru dan satu sampel ulangan.

“Bilangan yang sedang dirawat di enam buah hospital berpakar adalah 24 kes dan yang sudah sembuh adalah sebanyak 317 kes. Kes kematian di Sabah kekal lima kes,” ujarnya.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *