Covid-19: Kanak-Kanak Bawah Dua Tahun Tidak Digalakkan Pakai ‘Mask’

Penutup mulut dan hidung boleh mengakibatkan kesukaran pernafasan kerana kanak-kanak berusia dua tahun mempunyai saluran udara yang sempit. – Gambar hiasan

Kanak-kanak berusia bawah dua tahun tidak digalakkan memakai penutup mulut dan hidung kerana ia boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan meningkatkan risiko tercekik kepada kumpulan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan sebuah Persatuan Perubatan Jepun yang turut menggesa ibu bapa memandang serius kepentingan memahami risiko berkenaan.

Menurut persatuan itu, penutup mulut dan hidung boleh mengakibatkan kesukaran pernafasan kerana kanak-kanak berusia bawah dua tahun mempunyai saluran udara yang sempit.

Keadaan tersebut, tegas persatuan itu, boleh meningkatkan beban pada hati mereka selain megundang risiko strok haba kepada kumpulan tersebut.

Justeru, persatuan itu berkata, penggunaan topeng mulut dan hidung perlu dihentikan kepada kanak-kanak berusia bawah dua tahun.

Persatuan itu menambah terdapat beberapa kes serius dalam kalangan kanak-kanak dan kebanyakan mereka dijangkiti COVID-19 daripada ahli keluarga.

Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dan Akademi Pediatrik Amerika turut memaklumkan kanak-kanak bawah usia dua tahun tidak perlu memakai penutup muka. – Awani

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *