Kota Marudu Catat Kes Pertama Covid-19

KOTA KINABALU: Kota Marudu tidak lagi dikategorikan sebagai zon hijau Covid-19 selepas mencatatkan kes positi pertama hari ini.

Kes positif itu merupakan antara dua kes baharu di Sabah yang direkodkan dengan salah satu kes adalah di Tawau.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung memaklumkan statistik baharu itu di laman media sosialnya petang tadi.

Sementara itu, hanya satu kes yang dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sudah pulih sebanyak 304 termasuk 31 kes yang masih dalam wad.

Meskipun begitu, kematian akibat jangkitan Covid-19 di Sabah kekal lima kes setakat ini.

Sabah turut kekal berada di tangga ke-tujuh tertinggi bagi kes Covid-19 di Malaysia diikuti Selangor 1693 kes, Kuala Lumpur 1676 kes, Negeri Sembilan 791, Johor 669, Sarawak 545 dan Pahang 341.

Di seluruh negara pula, sebanyak 78 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 7,137  kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,163 kes.

Selain itu, sebanyak 63 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dan discaj dari wad ialah 5,859 orang.

Manakala sebanyak sembilan kes dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU)  termasuk lima kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *