Covid-19: Sabah Catat Enam Kes Baharu Hari Ini

KOTA KINABALU: Selepas dua hari sifar kes Covid-19 baharu, Sabah hari ini mencatat pertambahan enam kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan, setakat ini, sebanyak 337.

Statistik terbaharu yang disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau menyaksikan pertambahan membabitkan tiga daerah iaitu empat di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tuaran serta Kinabatangan.

Sementara itu, dua lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan discaj, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 302.

Ini bermakna jumlah pesakit Covid-19 yang masih menerima rawatan di negeri ini meningkat empat kes iaitu sebanyak 30, berbanding 26, semalam.

Sementara itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,650, Kuala Lumpur (1,588), Negeri Sembilan (776), Johor (669), Sarawak (544) dan Pahang (338). – Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *