Covid-19: 47 Kes Baharu, Tiada Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR: Tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara kekal 113 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 6,941 kes keseluruhan dalam negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu, kes baharu itu membabitkan 21 kes import, manakala 26 kes membabitkan penularan dalam komuniti dan keseluruhannya membabitkan 17 kes bukan warga Malaysia.

Katanya, seramai 13 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), enam pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh seramai 44 orang, ini menjadikan 5,615 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 80.9 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,213 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *