Kedai Pajak Gadai Di Sabah Boleh Beroperasi Mulai Esok

KOTA KINABALU: Semua premis pajak gadai berlesen di seluruh negeri dibenarkan beroperasi semula bermula esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam satu kenyataan berkata, kebenaran diberikan tertakluk kepada prosedur operasi standard Kementerian Kesihatan dan peraturan ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Aktiviti-aktiviti perniagaan pajak gadai yang dibenarkan adalah bayaran balik gadaian berjadual, bayaran balik caj keuntungan atas barang sandaran, transaksi gadaian baharu dan pajakan barang sandaran baharu.

“Kerajaan negeri sekali lagi menyeru kepada rakyat untuk terus mengutamakan kesihatan diri dan keluarga serta kebersihan persekitaran untuk memutuskan rangkaian Covid-19,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga jarak sosial antara satu sama lain dan mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar jika tiada keperluan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

779