Isi Borang Khas Sebelum Masuk Sabah

KOTA KINABALU: Orang awam yang ingin memasuki Sabah untuk tujuan ‘perkhidmatan penting’ dan urusan rasmi perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Ketua Menteri (JKM) dengan mengisi Borang Kelulusan Khas secara dalam talian.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, borang berkenaan boleh diakses melalui capaian di https://forms.gle/GfQBdvBDDZXp9JyH8.

“Penyediaan dokumen yang berkaitan dan keputusan ujian Covid-19 akan melancarkan urusan kemasukan ke Sabah.

“Keperluan kuarantin dan tempat kuarantin bergantung kepada penilaian ke atas tujuan kemasukan, risiko dan tahap kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, individu yang ingin memasuki Sabah juga dinasihat agar menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melalui talian 088-219455.

Dr Christina juga menasihatkan semua individu yang balik ke Sabah agar sentiasa mengamalkan jarak sosial, memakai pelitup separuh muka serta menjalani saringan gejala dan suhu badan di pintu masuk. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *