Covid-19: Tiada Kes Kematian Terbaharu Dan Hanya 36 Kes Positif Hari Ini

PUTRAJYA: Sebanyak 36 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6,855 kes setakat Khamis (15 Mei 2020), jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1, 304 kes.

Manakala 14 kes jangkitan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 5 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Keseluruhan mangsa yang maut kekal seramai 112 orang.

Sumber: KKM

895