COVID-19: Nasihat ‘Perintah Berkurung’ Di Rumah Pada Aidilfitri – KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati rakyat supaya melaksanakan ‘perintah berkurung’ di rumah sendiri pada sambutan Aidilfitri ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengaku cara sambutan perayaan seumpama itu tidak pernah berlaku, namun ia sekurang-kurangnya dapat melindungi ahli keluarga dan masyarakat daripada jangkitan COVID-19.

“Kita boleh melaksanakan ‘perintah berkurung’ di rumah sendiri, contohnya bagi memastikan tiada orang luar datang ke rumah.

“Ia adalah inisiatif yang baik jika anda boleh melakukannya. Walaupun ada ahli keluarga yang datang dari zon merah, anda perlu berhati-hati dan melindungi warga emas serta orang kurang upaya (OKU),” katanya pada sidang media, di sini, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1314