Kerajaan Sabah Tetap Teguh, ADUN Ikrar Sokong Shafie

KOTA KINABALU: Seramai 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Sabah hari ini berkumpul menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk terus memimpin Sabah dan menyangkal dakwaan kononnya pemerintahan negeri akan bertukar.

Sokongan dinyatakan pemimpin-pemimpin berkenaan juga adalah untuk meyakinkan kepada rakyat Sabah bahawa Kerajaan Sabah masih kukuh dan tidak terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan palsu yang tular di media sosial kini.

Sarifuddin Hata

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata berkata, pelbagai berita yang tular di media sosial hanya bertujuan memporak-perandakan kestabilan Kerajaan Sabah sedangkan sokongan kepada Ketua Menteri amat kukuh.

“Jadi kita minta semua blogger-blogger yang tidak dikenali ini janganlah menyebarkan berita-berita yang tidak betul yang boleh memporak-porak randakan kestabilan politik negari Sabah, kita sedar dan tahu bahawa, kita ini antara negeri yang paling stabil.

JUNZ WONG

“Maknanya, jurang perbezaan antara pembangkang dan kerajaan negeri itu adalah jauh seperti kita cakap tadi 18 kerusi, bayangkanlah kalau betullah cerita bahawa ahli-ahli yang berhormat mahu melompat, itu adalah tidak betul, kita fokus kepada tugas kita iaitu perjuangan untuk mendapatkan MA63,” katanya ketika ditemui Borneo Today hari ini.

Sementara itu, ADUN Tanjung Aru, Datuk Junz Wong berkata, ini bukan masanya untuk pemimpin terus memainkan isu politik kerana fokus utama Kerajaan Sabah adalah membangunkan semula negeri, justeru kerja-kerja yang sudah dimulakan sejak dua tahun lalu perlu diteruskan.

“Saya rasa, saya nasihakan  kepada rakyat Sabah bahawa kita fokus kepada membangunkan Sabah iaitu macam mana boleh kembalikan status Sabah ini daripada segi ekonomi, autonomi, teruskan beri sokongan kepada kerajaan supaya kita boleh teruskan perjuangan ini.

JAMAWI JAAFAR

“Jangan selalu kita fokus dengan politik-politik dan saya rasa itu tidak perlu, nasihat daripada ketua Menteri pun banyak kali dia sudah ulang, jangan fokus dengan politik, politik nanti apabila pilihan raya, kita fokus macam mana kita bangunkan semula Sabah ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, khabar angin kononnya beberapa ADUN telah menyatakan persetujuan untuk lompat parti adalah palsu dan setiap wakil rakyat meneruskan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Bagi saya sebagai wakil rakyat di kawasan Kemabong dan rakan-rakan penyokong kerajaan di DUN Sabah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Ketua Menteri Sabah, kami akan teruskan komitmen kami untuk berkhidmat kepada rakyat melalui pakatan Warisan, DAP dan juga UPKO serta PKR.

“Bagi kami, kesungguhan untuk kita memberi khidmat kepada rakyat adalah penting dan dalam keadaan kita menghadapi Covid-19 bahawa isu-isu politik sebegini harus kita ketepikan dan harus kita jawab bahawa tidak berasas sama sekali,” jelas beliau. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *