Dua Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah RM3,000 Direman 5 Hari

KENINGAU: Dua anggota polis berpangkat Koperal dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau direman lima hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah sebanyak RM3,000 daripada seorang pengadu.

Perintah reman bermula hari ini itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Keningau, Marlina Ibrahim.

Kedua-dua suspek berusia 37 dan 44 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Semalam, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua anggota polis itu disyaki menerima wang rasuah RM3,000 daripada seorang pengadu supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya selepas penemuan peralatan menghisap syabu di dalam rumah individu berkenaan. 

Mereka ditahan di IPD Keningau pada pukul 2.30 petang semalam. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *