TERKINI: 70 Kes Baharu Termasuk 57 Kes Tempatan Dengan Satu Kematian Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Sebanyak 70 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6,726 kes setakat Isnin (11 Mei 2020), jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1, 504 kes.

Daripada 70 kes baharu, 13 kes merupakan kes import manakala 57 kes lagi merupakan kes penularan tempatan.

Sehingga kini, seramai 20 kes positif jangkitan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 7 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan satu kes kematian baharu dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut seramai 109 orang.

SumbeR: Sidang Media KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *